Wednesday 20 July 2011

Resepi Marble Cheese Brownies

salam....bersawang dh blog masakan ku...xsempat sokmo nk snap gbr....ramai yg bertanya resepi marble cheese brownies....aku attachkan resepi agar kawan2 ku semua blh try...sonang ko...selamat mencuba....elly cnp from fp kat rinchan. thanks kak rinchan...resepi yang sangat mudah n BEST bangat.....dah banyak kali buat....xpernah mengecewakan....

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tuesday 5 July 2011

Menu Makan Malam


Hari ni half day petang...so boleh la masak sket untuk makan malam....ms akif tido....ni yang sempat ibu masak....

Kangkung Goreng
Ayam Masak Kicap
Telur Dadar

Sunday 12 June 2011

Puding Karamel Bertelur vs Puding Karamel tanpa Telur

salam....dh lama xupload aktivitti memasak ni....xsempat sokmo nk upload n take pic...hu3...pagi tadi berkesempatan untuk masak puding karamel yang ada telur...abd puding karamel tanpa telur.....kedua2nya mmg mudah,,,,sekojap jo dh siap....kepada peminat2 puding karamel....jom layan resepi yang senang ni....thanks tu kak ija untuk respei puding karamelyang sgt senang... dr raihanna coz share resepi puding karamel tanpa telur...kita mohon cnp dlm blog k...mmg senang n best....jom layan gambar n resepi yang simple ni...
Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel 

Resepi 1: Puding Karamel (bertelur)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sdk esen vanila
1 cawan gula
8 biji telur

Cara2nya: Hanguskan gula dalam loyang. Dalam bekas yang lain, masukkan semua bahan kecuali gula.Kacau sehingga sebati..Kemudian tuangkan semua bahan kedalam liyang yang ada gula tadi...n kukus selama 40 minit....dh siap...selamat mencuba.


Resepi 2: Puding Karamel (tanpa telur)


Bahan Karamel:
3/4 cawan gula Pasir
3 sudu besar air

Bahan A:
1 bungkus agar2 serbuk pastikan warna nya adalah CLEAR (7gm)
4 cawan air
130 gm gula pasir

Bahan B:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(campur sebati semua bahan B dalam satu bekas)

Cara2nya:
1.Untuk membuat karamel,hanguskan gula dalam kuali... Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit air perlahan2. (masa ni kena berhati2 sebab sangat2 mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan.
2. Dalam periuk didihkan bahan A.. Kecilkan api kemudian masukkan bahan B. Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat.Matikan api.
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.
4. Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehla potong dan dihidangkan... (sejuk2 lagi best ok)

Sunday 1 May 2011

Masakan Ringkas org Pahang aka Karak

Dah lama rasenye xbalik kampung.....walaupu mak n wan br datang ke bangi last week...tp xsama rasanye balik ke kg halaaman...rindu nk rasa masakan wan n mak....walaupun masaknye simple...tp rasenye....
kadang2 pernah try masakan yang sama...tp xsama rasenye...hu3....walaupun ramuan n cara-caranya sama..... just nak share masakan simple..bahan2nye pun sedikit jek....masak lemak cili api telur itik kegemaran my hubby....masak tempoyak batang keladi.....kiter la punye favourite.....he3....

                 Gulai masak lemak cili api                      Sambal Tumis Petai                    
                         dengan belimbing buluh
Gulai Tempoyak Batang Keladi
 Resepi:
1) Gulai Tempoyak Batang Keladi
    Bahan2: batang keladi, tempoyak, cili api, kunyit, air, garam.
    Cara2: tumbuk lada dan kunyit sehingga hancur. kemudian masukkan kedalam peruik, masukan
               tempoyak, batang keladi, dan air kacau n masak aatas dapur sehingga mendidih.

2) Gulai telur itik masak lemak cili api dengan belimbing buluh
    Bahan2: telur itik, santan, cili api, kunyit, air, garam, belimbing buluh.
    Cara2: tumbuk lada dan kunyit sehingga hancur. kemudian masukkan kedalam peruik, masukan
               santan, , dan air kacau n masak aatas dapur sehingga mendidih kemudian masukkan telur itik dan   
               belimbing....dah siap...ringkas n sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ e . L . L . e . K . i . T . c . H . e. N ~   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP