Saturday, 30 April 2011

Menu Tengahari

Assalamualaikum...hari ni xtau nak masak aper....pagi dh makan roti canai....malam nak balik kampung....so nak masak yang sonang ajer.....xde mood nk masak best2...coz yg makan xramai...hubby xbalik outstation lagi...Pikir punye pikir....masak soon pun best.....simple n mudah...lauknya gulai kari sardin....guna bahan2 yang ada di rumah jek...malas nak keluar...


Soon Masak Tumis Air
Bahan2nya:
  • sepeket soon}
  • sepeket pucuk tahu kering } direndam terlebih dahulu
  • 1 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong 8
  • sedikit cendawan tiram dikoyak2 (xletak)
  • 3 biji bwg merah dimayang*
  • 2 biji bwg putih dimayang*
  • sedikit ikan bilis*} ~ bahan * diramas aje (xletak)
  • fish ball/fish kek secukupnya (xletak)
  • 3 cwn air
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sop/bwg utk taburan (xletak)
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air ~ bila mendidih masukkan lobak merah, kentang.
  3. Bila kentang empuk masukkan soon, pucuk tahu dan cendawan. Kemudian masukkan pula telur satu persatu.
  4. Akhir sekali rasakan dgn sedikit garam..tutup api.
Gulai Kari Ikan Sardin

Kari sardin ni aku belajar masa bujang dengan budak2 praktikal...best jugak...tp terpekat lak kali ni ...hu3...saper nk try boleh cuba resepi ni...resepi di tamabh ikut kesesuaian bahan yang ader dirumah...thanks tuk kat zana coz mengingatkan kembali resepi ni...mohon izin cnp..


Bahan2nya:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dipotong 6 bhgn.(xletak)
  • 1 biji buah tomato dipotong 6 bhgn. (xletak)
  • 2 biji cili merah dibelah 2 atau 4 (xletak)
  • 1 tangkai daun kari (xletak)
  • 1/2 st jintan manis (xletak)
  • 3 sb rempah kari ikan
  • garam & asam jawa secukupnya.
  • 2 sudu cili boh
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan bwg besar, daun kari, tomata dan jintan manis ~ dikacau sebentar
  2. Masukkan rempah kari yg telah dicampur dgn sedikit air & asam jawa. kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan air, diikuti dgn 1 tin sardin dan dikacau sebati ~ masukkan cili merah
  4. Biarkan ia merenih dan rasakan dgn sedikit garam
  5. apabila masak, bolehlah dihidangkan ~ siap!

1 comments:

Ayu

Xpernah buat gulai kari ikam sardin...tq ks idea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ e . L . L . e . K . i . T . c . H . e. N ~   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP