Wednesday 20 July 2011

Resepi Marble Cheese Brownies

salam....bersawang dh blog masakan ku...xsempat sokmo nk snap gbr....ramai yg bertanya resepi marble cheese brownies....aku attachkan resepi agar kawan2 ku semua blh try...sonang ko...selamat mencuba....elly cnp from fp kat rinchan. thanks kak rinchan...resepi yang sangat mudah n BEST bangat.....dah banyak kali buat....xpernah mengecewakan....

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tuesday 5 July 2011

Menu Makan Malam


Hari ni half day petang...so boleh la masak sket untuk makan malam....ms akif tido....ni yang sempat ibu masak....

Kangkung Goreng
Ayam Masak Kicap
Telur Dadar

Sunday 12 June 2011

Puding Karamel Bertelur vs Puding Karamel tanpa Telur

salam....dh lama xupload aktivitti memasak ni....xsempat sokmo nk upload n take pic...hu3...pagi tadi berkesempatan untuk masak puding karamel yang ada telur...abd puding karamel tanpa telur.....kedua2nya mmg mudah,,,,sekojap jo dh siap....kepada peminat2 puding karamel....jom layan resepi yang senang ni....thanks tu kak ija untuk respei puding karamelyang sgt senang... dr raihanna coz share resepi puding karamel tanpa telur...kita mohon cnp dlm blog k...mmg senang n best....jom layan gambar n resepi yang simple ni...
Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel 

Resepi 1: Puding Karamel (bertelur)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sdk esen vanila
1 cawan gula
8 biji telur

Cara2nya: Hanguskan gula dalam loyang. Dalam bekas yang lain, masukkan semua bahan kecuali gula.Kacau sehingga sebati..Kemudian tuangkan semua bahan kedalam liyang yang ada gula tadi...n kukus selama 40 minit....dh siap...selamat mencuba.


Resepi 2: Puding Karamel (tanpa telur)


Bahan Karamel:
3/4 cawan gula Pasir
3 sudu besar air

Bahan A:
1 bungkus agar2 serbuk pastikan warna nya adalah CLEAR (7gm)
4 cawan air
130 gm gula pasir

Bahan B:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(campur sebati semua bahan B dalam satu bekas)

Cara2nya:
1.Untuk membuat karamel,hanguskan gula dalam kuali... Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit air perlahan2. (masa ni kena berhati2 sebab sangat2 mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan.
2. Dalam periuk didihkan bahan A.. Kecilkan api kemudian masukkan bahan B. Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat.Matikan api.
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.
4. Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehla potong dan dihidangkan... (sejuk2 lagi best ok)

Sunday 1 May 2011

Masakan Ringkas org Pahang aka Karak

Dah lama rasenye xbalik kampung.....walaupu mak n wan br datang ke bangi last week...tp xsama rasanye balik ke kg halaaman...rindu nk rasa masakan wan n mak....walaupun masaknye simple...tp rasenye....
kadang2 pernah try masakan yang sama...tp xsama rasenye...hu3....walaupun ramuan n cara-caranya sama..... just nak share masakan simple..bahan2nye pun sedikit jek....masak lemak cili api telur itik kegemaran my hubby....masak tempoyak batang keladi.....kiter la punye favourite.....he3....

                 Gulai masak lemak cili api                      Sambal Tumis Petai                    
                         dengan belimbing buluh
Gulai Tempoyak Batang Keladi
 Resepi:
1) Gulai Tempoyak Batang Keladi
    Bahan2: batang keladi, tempoyak, cili api, kunyit, air, garam.
    Cara2: tumbuk lada dan kunyit sehingga hancur. kemudian masukkan kedalam peruik, masukan
               tempoyak, batang keladi, dan air kacau n masak aatas dapur sehingga mendidih.

2) Gulai telur itik masak lemak cili api dengan belimbing buluh
    Bahan2: telur itik, santan, cili api, kunyit, air, garam, belimbing buluh.
    Cara2: tumbuk lada dan kunyit sehingga hancur. kemudian masukkan kedalam peruik, masukan
               santan, , dan air kacau n masak aatas dapur sehingga mendidih kemudian masukkan telur itik dan   
               belimbing....dah siap...ringkas n sedap..

Saturday 30 April 2011

Menu Tengahari

Assalamualaikum...hari ni xtau nak masak aper....pagi dh makan roti canai....malam nak balik kampung....so nak masak yang sonang ajer.....xde mood nk masak best2...coz yg makan xramai...hubby xbalik outstation lagi...Pikir punye pikir....masak soon pun best.....simple n mudah...lauknya gulai kari sardin....guna bahan2 yang ada di rumah jek...malas nak keluar...


Soon Masak Tumis Air
Bahan2nya:
  • sepeket soon}
  • sepeket pucuk tahu kering } direndam terlebih dahulu
  • 1 btg lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dipotong 8
  • sedikit cendawan tiram dikoyak2 (xletak)
  • 3 biji bwg merah dimayang*
  • 2 biji bwg putih dimayang*
  • sedikit ikan bilis*} ~ bahan * diramas aje (xletak)
  • fish ball/fish kek secukupnya (xletak)
  • 3 cwn air
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sop/bwg utk taburan (xletak)
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air ~ bila mendidih masukkan lobak merah, kentang.
  3. Bila kentang empuk masukkan soon, pucuk tahu dan cendawan. Kemudian masukkan pula telur satu persatu.
  4. Akhir sekali rasakan dgn sedikit garam..tutup api.
Gulai Kari Ikan Sardin

Kari sardin ni aku belajar masa bujang dengan budak2 praktikal...best jugak...tp terpekat lak kali ni ...hu3...saper nk try boleh cuba resepi ni...resepi di tamabh ikut kesesuaian bahan yang ader dirumah...thanks tuk kat zana coz mengingatkan kembali resepi ni...mohon izin cnp..


Bahan2nya:
  • 1 tin sederhana sardin
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 labu bwg besar dipotong 6 bhgn.(xletak)
  • 1 biji buah tomato dipotong 6 bhgn. (xletak)
  • 2 biji cili merah dibelah 2 atau 4 (xletak)
  • 1 tangkai daun kari (xletak)
  • 1/2 st jintan manis (xletak)
  • 3 sb rempah kari ikan
  • garam & asam jawa secukupnya.
  • 2 sudu cili boh
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan bwg besar, daun kari, tomata dan jintan manis ~ dikacau sebentar
  2. Masukkan rempah kari yg telah dicampur dgn sedikit air & asam jawa. kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan air, diikuti dgn 1 tin sardin dan dikacau sebati ~ masukkan cili merah
  4. Biarkan ia merenih dan rasakan dgn sedikit garam
  5. apabila masak, bolehlah dihidangkan ~ siap!

Tuesday 26 April 2011

30th International Book Fair 2011 (22 April - 1 May 2011)


Book Fair mmg dinantikan setiap tahun. Hari ni pergi dari pagi sampai petang....best jugak..tapi tahun lepas lagi happening....
tahun lepas aku borong byk buku untuk anak2...tahun ni aku borong aku memasak jek...hu3...ni salah satu buku yg dibeli....

Sunday 17 April 2011

Apam Labu aka Muffin Kukus Labu

Last week p pasar byk beli sayur...penuh dalam peti ais...Dalam banyak2 sayur, sayur labu jek aku xmasak lg....ingat nk masak gulai labu...pergh sodap tu....labu beli sebijik...banyak tu....so separuh buat gulai...ingat separuh lagi nk simpan...tp xjd....terus godek2 resepi kt internet...apa lg yg boleh dibuat dgn labu ni....last2...jumpa resepi muffin labu dr blog iza....senang cara2nya....iza mintak mohon elly cnp jek resepi kt sini ye........
Gulai labu ni sonang je nk masak...lawannye ikan goreng n sambal belacan...........jemput makan.....
Gulai Labu
'

Muffin ni sedap sangat...cubela...

MUFFIN KUKUS LABU aka APAM LABU

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum
100 gm labu kuning, kukus dan lecek halus
125 gm gula kastor
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
100 gm santan pekat kotak(*elle gn susu full cream)
1 biji telur
30 gm minyak masak


Caranya:
1) Campurkan tepung gandum, labu kuning, gula kastor, serbuk penaik dan garam.
Kacau rata.
2) Masukkan campuran santan, telur dan minyak masak. Kacau rata.
3) Tuangkan ke dalam acuan muffin rendah yang telah disapu sedikit minyak.
4) Kukus selama 15 minit sehingga masak dengan menggunakan api besar.

Muffin aka Apam Labu

Wednesday 13 April 2011

Muffin Oat

 Oat muffin ni request dr my hubby n frezzzzzzzz.....almaklumla semuanya dlm proses nk kurangkan kolestrol...he3.....
cari2 punya cari jumpa kt fp madiha....tp elly xletak raisins...stok dh abis...mls nk p kedai....elly letak oat sahaja..so untuk sesiapa yg dlm proses nk mengurangkan kolestrol so boeh cb resepi ni....
mohon izin madiha, elly cnp jek resepi....

Oat & Raisins Muffin
Ingredients
150gm flour
1 teaspn baking powder
50gm bran (I substituted with 50gm instant oat)
250ml evaporated milk ( I substituted with 250ml fresh milk)
25gm margarine
50gm castor sugar (I substituted with 45gm brown sugar)
1 egg (beaten slightly)
20gm black raisins (*elly xletak)
Pinch of salt





Instructions :
1. Soak instant oats in milk for 5 minutes.
2. Sift together flour, baking powder and salt in a bowl.
3. Hand beat margarine and sugar till creamy for approximately 5 to 7 minutes.
4. Add in egg and beat, mix well.
5. Add in oat mixture.
    




Monday 11 April 2011

MaRble ChEEse Brownies

Marble Cheese Brownies..............perghhh mmg best bagi penggemar cheese......aku suka buat makan xsuke...he3...yg jadi magsa anak2 n suami la...................
Dah banyak kali buat....tp baru teringat nak snap gambar.....telah terbukti keenakannya....ramai yg mengatakan YUMMMYYYYYYYYYYYYYY....

Yang ni untuk dibawa ke Johor.....selamat menjamu selera org Johor....nanti boleh tempah lagi..............elly rt resepi dari kak yasmeen.....thanks akak.....so mintak izin cnp kat blog elly...untuk rujukan peminat cheese n brownies.....if sempat boleh buat....if tk...boleh htr order @ elle-bakehouse.....he3

Marble Cheese Brownies



AkTiviTi HuJuNg MiNgGu

Memang best last week....semua adik beradik dtg kerumah.......mak, along n kakda....
mak seperti biasa bwk makanan kegemaran ku....ha3...sambal tumis jering.....xsempat nk snap gambar....

Makan tengahhari masak yg simple2 jek....ni yg sempat ku snap picnya....petang buat apam-dot-dot...sibuk kakda nk tgk mcmmn rupe apam dot-dot...ha3....dia kata xpernah jumpa lg kt terengganu....siap apam dot-dot...buat muffin vanila.....pergh....my hubby kata mcm muffin kt kenny rogers............he3......

aku ambik resepi dari myresepi..thanks deenos coz share resepi yg simple but sangat sedap......  

Kangkung Goreng

Daging Masak Kicap

 Apam Dot-Dot....mcm telur dinosour dh....ni kaler yg anak2 pili

Resepi : Muffin Vanila (cnp from deenos myresepi)


Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.




Friday 8 April 2011

Blueberry Marble Cheese Brownies

Minggu ni mmg rajin nk buat kek...he3....so msk blueberry marble cheese brownies lak...mmg best rsnye....xsempat nk ambik gbr...dh ader yg potong....ha3....rase mmg xdpt disangkal lg....mestilah best.....untuk peminat cheese.............jgn lupe try n oder......
jom makannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Saturday 2 April 2011

Apam dot-dot


Salam petang sabtu.....just nk share apam yang comel2 ni ....mcm telor dinosor....he3....dh byk kali buat n senang sekejap n yang paling best SEDAPPPPPPPPPPPP.....resepi di cnp dari hanamemories n hana pun rsnye ambil dr org lain...benda yang baik kiter boleh share.....boleh buat mcm2 kaler...elly malas....he3....suke sgt kaler pink...sampai apam pun kaler pink....untuk sesiapan yg nk try boleh try resepi dibawah..... yang dalam bekas tu untuk anak dia ader picnic kat sekolah...punyela xcited dia...he3...



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) (* elly try bubuh kaya n strawberry best jgk)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
NOTE dr Elle:
  • if kengkawan xsempat nk buat boleh tempah jek dgn elle.........boleh pilih nk dot2 kan kaper aper....he3


Friday 25 March 2011

Blueberry Cheese Tart : Order dr Kak Mazni

Salam n thanks to kak mazni bandar seri putra.....kak mazni order untuk anaknya yg teringin nk mkn cheese tart...cheese tart br kuar oven....panas2 n yummmyyyyyyyyyyyyyy...

Tuesday 15 March 2011

Makan Malam Potluck Jiran2

Makan malam ni just suka2 jek....aktiviti hujung minggu sekiranya semua ader....Kejiranan aku ni mmg suke "MASAK" + "MAKAN"......he3....kitaorg siap tong2 beli tpt nk BBQ....just nak shar....a few pic yg sempat d snap.....

tokei BBQ....
berbaris makanan...he3....

Wednesday 2 March 2011

~ PeLbaGaI CuP CaKes ~

Macam-macam ader....cupcakes untuk dinner suke2 bersama jiran2....ader Chocolate cup cake, vanila cupcake and orange cup cake.....gambar puding karamel n chocolate moist xsempat nk ambik...hu3....alhamdulillah semuanya abis..

Cupcakes ni boleh jadiakan as a DOOR GIFT....murah dan berbaloi....rasanya confirm SEDAPPPPPPP....YUMMYYYYYY...

ada juga request tuk deco...pun boleh jugakk.....




Saturday 26 February 2011

Makan2 sempena besday farissa n anniversary Kak As & Abg Mie

Malam minggu 26.2..ader makan2 sempena besday anak sulong ku & anniversary jiranku...he3....banyak betul makanan....semua ader.....aku buat apam dot-dot n cupcake chocolate...yg lain kitaorg sub kepada yg pakar...rai namanya....dia mmg rajin memasak....hu3....penuh meja...mmg xlarat nak makan...he3..

so just nk share a few pic pd mlm tersebut....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ e . L . L . e . K . i . T . c . H . e. N ~   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP